Larangan untuk tidak berkhalwat (berdua-duaan)
antara seorang lelaki dan wanita yang bukan
mahram selama ini dipatuhi seorang mukmin
sebagai ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Tapi,
jarang dari kita yang mengetahui sebab ilmiah
disebalik perintah itu.
Kenapa hal tersebut dilarang dan dianggap
berbahaya oleh syariat Islam? Bahagian tubuh kita
yang mana yang ternyata berpengaruh terhadap
keadaan khalwat itu?
Baru-baru ini, satu kajian membuktikan bahaya
berkhalwat tersebut.
Para penyelidik di Universiti Valencia menegaskan
bahawa seorang yang berkhalwat dengan wanita
menjadi daya tarikan yang akan menyebabkan
kenaikan sekresi hormon kortisol.
Kortisol adalah hormon yang bertanggung jawab
terjadinya stres dalam badan. Walaupun subjek
kajian cuba untuk melakukan kajian atau hanya
berfikir tentang wanita yang sendirian denganya
hanya dalam sebuah simulasi kajian. Namun hal
tersebut tidak mampu menghalang tubuh dari
perembesan hormon tersebut.
“Cukuplah anda duduk selama lima minit dengan
seorang wanita. Anda akan mempunyai
perkadaran tinggi dalam peningkatan hormon
tersebut,” inilah penemuan kajian saintifik baru-
baru ini yang disiarkan di dalam Daily Telegraph!
Para saintis mengatakan bahawa hormon kortisol
sangat penting bagi tubuh dan berguna untuk
prestasi tubuh tetapi dengan syarat mampu
meningkatkan perkadaran yang rendah, tetapi jika
meningkat hormon dalam tubuh dan berulang
terus proses tersebut, maka yang demikian boleh
menyebabkan penyakit serius seperti penyakit
jantung dan tekanan darah tinggi dan
mengakibatkan diabetes dan penyakit lain yang
mungkin meningkatkan nafsu seksual.
Bentuk yang menyerupai alat proses hormon
kajian tersebut berkata bahawa stres yang tinggi
hanya berlaku ketika seorang lelaki berkhalwat
dengan wanita asing (bukan mahram), dan stres
tersebut akan terus meningkat pada masa
wanitanya memiliki daya tarikan lebih besar!
Tentu saja, ketika seorang lelaki bersama-sama
dengan wanita yang merupakan saudaranya
sendiri atau saudara dekat atau ibunya sendiri tidak
akan berlaku kesan daripada hormon kortisol.
Seperti halnya ketika lelaki duduk dengan seorang
lelaki, hormon ini tidak naik. Tetapi hanya berlaku
ketika bersendirian dengan seorang lelaki dan
seorang wanita bukan mahram.
Para penyelidik mengatakan bahawa lelaki ketika
ada perempuan asing disisinya, dirinya dapat
membayangkan bagaimana membina hubungan
dengannya (jika tidak emosional), dan dalam kajian
lain, para saintis menekankan bahawa situasi ini
(untuk melihat wanita dan berfikir tentang mereka)
jika berulang, mereka berisiko untuk mengidap
penyakit kronik dan masalah psikologi seperti
kemurungan.
NABI SAW MENGHARAMKAN KHALWAT
Kita semua tahu hadis yang terkenal yang
mengatakan:
Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis daripada
Ukbah bin Amir menyebut bahawa Nabi s.a.w.
bersabda: “Maka jangan sekali-kali seorang lelaki
bersendirian dengan seorang perempuan yang
bukan mahramnya kerana yang ketiga ialah
syaitan.” (Riwayat Al-Imam At-Tirmidzi)
Hadis ini menegaskan diharamkannya berkhalwat
bagi seorang lelaki dengan wanita asing atau bukan
mahramnya. Kerana itu Nabi saw melalui syariat ini
menginginkan kita mengelakkan banyak penyakit
sosial dan fizikal.
Ketika seorang beriman mampu mengelakkan diri
dari melihat wanita (yang bukan mahram) dan
mengelakkan diri dari berkhalwat dengan mereka,
maka dia mampu mencegah penyebaran
amoralitas dan dengan demikian melindungi
masyarakat dari penyakit wabak dan masalah
sosial, dan mencegah individu dari pelbagai
penyakit.
Wallahua’lam
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang
yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati
mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya
(ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka,
dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal.
( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
SUMBER :
http://keretaburuk12.blogspot.com/2011/11/
penemuan-saintifik-disebalik-
khalwat.html

About aylon91

Pencari Ridho Allah

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s